SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN
PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
SK
Putrajaya Presint 9 (2) telah dibuka
sepenuhnya pada 3 Januari 2005. Jumlah
murid pada waktu ini ialah seramai 564 orang termasuk murid-murid program Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Kelas-kelas yang beroperasi untuk tahun 1
hingga 6 ialah sebanyak 18 yang masing-masing diberi nama Cendiakawan, Bestari
dan Arif. Bagi kelas Pendidikan Khas pula ialah sebanyak 12 setesen termasuk
bilik penyelaras.
Dipimpin pentadir berpengalaman luas dalam
pelbagai bidang. Struktur pengurusan sekolah diketuai oleh Guru Besar dan
dibantu oleh 3 orang Guru Penolong Kanan dan seorang Guru Penyelaras Pendidikan
Khas manakala 36 orang guru-guru akademik dan 8 orang guru mengajar di kelas
pendidikan khas.
Pada
tahun 2006 pertambahan kemasukan murid berlaku dan meyebabkan pembukaan kelas
baru bagi murid tahun 1,2,3 dan 4. Jumlah kelas
keseluruhan sebanyak 31 buah
kelas dengan jumlah sebanyak 745 murid telah dicatatkan dalam rekod pendaftaran
sehingga bulan Mac 2006. Sekolah
turut mencatatkan sejarah memandangkan pada tahun pertama pembukaannya
mempunyai seramai 67 orang calon UPSR. Keputusan pencapaian bagi tahun 2005
barjaya mencapai 8 orang murid 5 A.
Rekabentuk bangunan
sekolah yang moden dilengkapi dengan pelbagai peralatan berteknologi tinggi
mampu mewujudkan suatu persekitaran persekolahan yang efektif. Sekolah
dilengkapi dengan kemudahan lif, cctv, dewan serbaguna, peralatan siaraya,
unit-unit pembelajaran pendidikan khas, kelengkapan berbagai-bagai bilik khas
dan sebagainya menjadikan sekolah sebagai salah satu daripada yang terbaik di
Putrajaya. Kelengkapan bagi sekolah pendidikan khas merupakan yang termoden dan
terbaik di Putrajaya.
LENCANA SEKOLAH
MAKSUD:
GAMBAR
BUKU
Melambangkan
sekolah tempat menuntut ilmu.
LAMBANG
MSC
Melambangkan
bahawa Negara Malaysia menuju ke arah era globalisasi multimedia dan teknologi.
JALUR
PUTIH DAN MERAH
Jalur
putih kesucian hati nurani warga sekolah dan jalur merah menunjukkan keberanian
dan semangat juang yang tinggi warganya dalam melaksana tugasan dan amanah yang
diberikan.
i
Melambangkan
penggunaan teknologi dalam pendidikan
WARNA
JINGGA, BIRU
Jingga
melambangkan keceriaan dan warna biru menunjukkan perpaduan dan kerjasama dalam
seluruh warganya.
BENDERA SEKOLAH
MAKSUD :
WARNA MERAH, PUTIH, BIRU
DAN JINGGA
Warna
merah melambangkan keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam penglibatan
warga SKPP9(2), warna putih melambangkan kesucian dan ketulusan hati dalam
menjalankan tugasan yang diberikan, jingga melambangkan keceriaan dan warna
biru menunjukkan perpaduan dan kerjasama dalam seluruh warganya.
LAMBANG SEKOLAH DI TENGAH
BENDERA
Menunjukkan pembangunan
modal insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan
Sahsiah diri.
LAGU SEKOLAH
Kami berjanji padamu
Tuntut ilmu membangun nusa
Berusaha bebudaya
warga cemerlang gemilang terbilang
Marilah kita bersama
jayakan apa yang dirancang
Pemimpin berganding bahu
menggapai misi impian jadi realiti
SKPP 9 fasa 2
Usaha ilmu canggih berteknologi terkini
Terus bermaruah
junjungan kedaulatan negara
Bangunlah anak bangsa
teruskanlah kemajuanmu
Buktikan pada dunia
di putrajaya kita berjaya
terus berjaya.......
Tuntut ilmu membangun nusa
Berusaha bebudaya
warga cemerlang gemilang terbilang
Marilah kita bersama
jayakan apa yang dirancang
Pemimpin berganding bahu
menggapai misi impian jadi realiti
SKPP 9 fasa 2
Usaha ilmu canggih berteknologi terkini
Terus bermaruah
junjungan kedaulatan negara
Bangunlah anak bangsa
teruskanlah kemajuanmu
Buktikan pada dunia
di putrajaya kita berjaya
terus berjaya.......
MOTO
“USAHA CEMERLANG TERBILANG”
USAHA
Daya
usaha atau ikhtiar untuk mencapai sesuatu hasil usaha warga sekolah dalam
mencapai matlamat dan hasil kerja yang cemerlang bagi setiap warga didiknya
bagi meningkatkan dan memartabatkan prestasi sekolah baik dari segi kurikulum
mahupun kokurikulum.
CEMERLANG
Sangat
baik.
Usaha
yang berterusan dan semangat berpasukan yang tinggi di antara warga sekolah
meningkatkan lagi kecemerlangan prestasi sekolah menjadi asas utama dalam
membentuk sekolah cemerlang.
TERBILANG
Mashur
/ terkenal
Dikenali walau dimana jua berada
melalui pencapaian dan kecemerlangan sekolah yang ditonjolkan oleh warga
sekolah melalui penglibatan aktif warga didik di sekolah.
VISI SEKOLAH
“SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG”
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG”
MISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) berusaha
mengembangkan potensi pelajar untuk menjadi insan kamil melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
FALSAFAH SEKOLAH
Berusaha menimbulkan suasana persekolahan yang
membanggakan ke arah mempertingkatkan mutu pencapaian murid berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami
warga Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) dengan penuh tekad dan iltizam
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
• Meninggikan mutu kerja dan
perkhidmatan cemerlang selalu.
• Bekerja dengan penuh
tanggungjawab dan keikhlasan.
• Memberi Pendidikan yang
berkualiti dan adik sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Memastikan waris murid
mendapat maklumat yang secukupnya berhubung dengan prestasi kurikulum,
kokurikulum, sosial dan disiplin.
• Mewujudkan iklim dan
senario persekitaran yang bersih indah dan memberangsangkan ke arah pendidikan
yang berkualiti.
• Memastikan semua murid
celik 3M
• Memastikan sifar masalah
disiplin
• Berpegang teguh kepada
agama
Anak saya memerlukan sekolah khas , Dia pemengang kad OKU (autisme Ringan dan ADHD) bagaimana saya nak mendaftarkan anak saya ke sekolah ini?
ReplyDeletetuan boleh hadir ke sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut
ReplyDeletebermula umur berapa tahun boleh masuk pra sekolah khas ni?
ReplyDeletePROMOSI name tag sekolah/banner/piala/peralatan sukan/baju t-shirt/baju korporat...kunjungi :
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/pages/Fiven-Jayyidan-Resources/196054580596433
Fiven Jayyidan Resources
012-3285815
Assalam...kami baru berpindah ke presint 9, sblm ni kami tinggal d kl. Saya nak pindah kan anak saya ke sekolah ini..apakah sekolah ini
ReplyDeletememerlukan sebarang kelayakan akademik? Terima kasih
Salam.. boleh saya tahu sama ada anak berkeperluan khas (OKU) untuk rabun penglihatan boleh didaftarkan di sini?
ReplyDeleteSalam...saya nk daftar anak msk sini tahun depan, anak saya Oku (masalah pembelajaran & ADHD), sudah mendaftar dgn JKM, umur 8 thn. Boleh saya tahu perlu dokumen apa & prosedurnya? Tk
ReplyDeleteSalam...saya nk daftar anak msk sini tahun depan, anak saya Oku (masalah pembelajaran & ADHD), sudah mendaftar dgn JKM, umur 8 thn. Boleh saya tahu perlu dokumen apa & prosedurnya? Tk
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam...boleh saya tahu..kelas tahun 1 2017 ada berapa...dan adakah tahap pencapaian pelajar ikut nama kelas...
ReplyDeleteAssalamualaikum..... Jutaan terima kasih tidak terhingga dari kami warga SK Seri Inas ke atas layanan yg sangat2 baik oleh Pihak sekolah tuan amnya, khususnya kepada GPK En Ahmad Azli bin Hj Dakir dan Semua guru PPKI SK Presint 9(2) kerana telah menerima dan menjayakan lawatan penanda aras dari PPKI SK Seri Inas
ReplyDelete