Monday 6 February 2017

PERMATA PINTAR - UJIAN SARINGAN UKM1

Sukacita dimaklumkan bahawa saringan pertama pencarian bakat murid pintar cerdas iaitu Ujian Saringan UKM1 akan bermula dari 1 Februari 2017 hingga 31 Mei 2017. Ujian ini akan dijalankan secara atas talian selama tempoh tersebut. Ujian tersebut terbuka kepada semua murid yang berbakat bagi menyertai program-program berikut :

a) Murid beragama Islam berusia 8 Tahun - Program Perkhemahan PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2017.

b) Murid beragama Islam berusia 11 Tahun - Program Perkhemahan Khas PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2018 untuk kemasukan ke Kolej PERMATA Insan pada tahun 2019.

c) Murid pelbagai bangsa berusia 9 - 15 Tahun - Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM - JHU 2017-2018 di Pusat PERMATApintar, UKM.

d) Murid berusia 11 - 15 Tahun - kemasukan ke KolejPERMATApintar UKM pada Tahun 2018.

Ujian di atas terbuka kepada semua murid berusia 8 - 15 Tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman sesawang http://ukm1.permatapintar.edu.my/ Maklumat lanjut tentang ujian tersebut juga boleh diperolehi melalui laman sesawang tersebut.

Adalah dinasihatkan supaya murid-murid menjalani ujian ini di rumah supaya mereka dapat menumpukan sepenuhnya kepada soalan-soalan ujian itu.



No comments:

Post a Comment