Bertemakan 'Murid Disayangi, Guru Disanjungi', majlis pelancaran Program Guru Penyayang dan Penyerahan Mentor Mentee 2017 telah berlangsung pada 23 Januari 2017 bertempat di dataran perhimpunan SKPP 9(2). Program Guru Penyayang merupakan program yang melibatkan proses interaksi guru dan murid dari segi memberi bimbingan, sokongan dan nasihat kepada murid-murid tanpa mengira bangsa dan agama. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Ketua Unit HEM JPWPP, Encik Kamaluddin bin Mohd Kassim.
No comments:
Post a Comment