Thursday 26 January 2017

FUN RUN FOR HEALTH 2017



 



 

 

 



PROGRAM GURU PENYAYANG DAN PENYERAHAN MENTOR MENTEE 2017

Bertemakan 'Murid Disayangi, Guru Disanjungi', majlis pelancaran Program Guru Penyayang dan Penyerahan Mentor Mentee 2017 telah berlangsung pada 23 Januari 2017 bertempat di dataran perhimpunan SKPP 9(2). Program Guru Penyayang  merupakan program yang melibatkan proses interaksi guru dan murid dari segi memberi bimbingan, sokongan dan nasihat kepada murid-murid tanpa mengira bangsa dan agama. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Ketua Unit HEM JPWPP, Encik Kamaluddin bin Mohd Kassim.







Saturday 21 January 2017

MAKLUMAN KELAS ROBOTIK

SKPP9(2) dan World of Robotics Sdn Bhd akan menjalankan kelas robotik. Ibu bapa yang berminat digalakkan untuk menghantar anak2 menyertai kelas ini.

Maklumat adalah seperti  berikut:

Hari        : Rabu
Masa      : 1.45 -2.45 ptg
Sasaran : Tahun 4,5
Tempat  : SKPP9(2)
Bermula : 18 Jan 2017



Hari         : Jumaat
Masa       : 2.45-4.45 ptg
Sasaran  : Tahun 1,2,3
Tempat   : SKPP9(2)
Bermula : 20 Jan 2017


Pendaftaran:

Tempat             : Dewan Sekolah
Yuran                : Pendaftaran    = RM50
   Yuran bulanan = RM60
 

Cara pendaftaran:

1. SMS :   SKPP9(2), nama murid, kelas  ke  nombor 018-9001347
2. Isikan borang dan bawa semasa hari pendaftaran.
3. Bayar ke World of Robotics Sdn Bhd , akaun Public Bank menerusi no akaun 3172285034.
4. Bawa resit pembayaran semasa pendaftaran.
5. Pembayaran juga boleh dibuat secara tunai semasa hari pendaftaran kepada wakil World of Robotics.

6. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Mr Erik melalui WhatsApp (016-6339292)

PELANCARAN PROGRAM JOM FIT 2017

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) telah mengadakan pelancaran Program Jom Fit 2017 yang disempurnakan oleh Penolong Pengarah Unit Sukan JPWP Putrajaya , Encik Sulaiman bin Rizlan pada hari Jumaat, 20 Januari 2017.


Program Jom Fit ini bertujuan untuk membantu para pelajar dan juga staf mencegah penyakit berbahaya,mengurangkan kadar penyakit yang sedia ada bahkan meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik di kalangan mereka.




Monday 9 January 2017

MAJLIS PELANCARAN MINGGU PSS & NILAM 2017

TARIKH : 
9 JANUARI 2017

TEMPAT: 
DATARAN TERBUKA SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

MEMBACA ADALAH MEMBUKA JENDELA DUNIA


Majlis pelancaran  telah diadakan dengan jayanya yang turut diserikan dengan persembahan bercerita, nyanyian oleh murid tahun 3 Cendiakawan dan nyanyian lagu tema Nilam dan lagu Membca Gaya Wawasan. Beberapa aktiviti telah diatur sepanjang Minggu PSS dan Nilam seperti kuiz, bacaan sajak, teka silang kata dan pencarian perkataan.




BARISAN PENTADBIR DAN GURU AJK PUSAT SUMBER




                     UCAPAN PERASMIAN PELANCARAN MINGGU PSS DAN GIMIK PELANCARAN




PERSEMBAHAN BERCERITA DAN NYANYIAN MURID-MURID

Wednesday 4 January 2017

PERASMIAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2017

Pada 3 Januari 2017, telah berlangsung perasmian bagi Program Transisi Tahun 1, 2017 SK Putrajaya Presint 9(2). Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Puan Hajah Roaini binti Jaafar. Bertemakan "Minda Cerdas Mata Bercahaya", program transisi ini bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di tadika ke pendidikan formal di Tahun 1 sekolah rendah. 

UCAPAN PERASMIAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2017 OLEH
PUAN HJH ROHAYATI BINTI HJ MANSOR, GURU BESAR SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

GIMIK PENYERAHAN MURID KEPADA PIHAK SEKOLAH