Friday 5 August 2016

PROGRAM MEMBINA HIJAU PUTRAJAYA

Pada hari Sabtu, 6 Ogos 2016 bertempat di Taman Wetland, Putrajaya satu Program Membina Hijau Putrajaya anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Perbadanan Putrajaya, Putrajaya Holdings dan Alam Flora telah berlangsung. Program Membina Hijau Putrajaya ini adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk mencapai matlamat bagi memupuk kesedaran mencintai alam sekitar di kalangan kanak-kanak dan belia dari latar belakang yang berbeza yang mensasarkan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di sekitar Putrajaya. Seramai 5 orang murid dan seorang guru pengiring dari SK Putrajaya Presint 9(2) telah menyertai pertandingan Wetland Race dan berjaya mendapat tempat Naib Johan. Mereka terdiri daripada:

                                1. Puan Syahila Alias (Guru Pengiring)
                                2. Muhammad Nur Hakim (6C)
                                3. Muhammad Syamil (6E)
                                4. Muhammad Wafi (6E)
                                5. Muhammad Khairul Afiq (6E)
                                6. Muhammad Faris (6D






Monday 1 August 2016

SAMBUTAN SYAWAL DI SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 berlangsung dengan meriah sekali pada hari Jumaat, 29 Julai 2016 . Guru-guru, staf, AJK PIBG dan murid-murid turut bersama-sama  meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan warna-warni pakaian raya dan pelbagai juadah raya yang menyelerakan.

Terima kasih kepada para guru yang telah bersedia lebih awal dengan persiapan tempat,pentas dan juadah. Juga kepada ibu bapa dan PIBG yang turut sama menyumbangkan juadah dan tenaga dalam bersama-sama menjayakan acara ini.

Majlis dimulai dengan bacaan Yasin kemudian diikuti dengan ucapan guru besar dan persembahan guru serta murid yang menghiburkan. Kemuncak kepada sambutan adalah jamuan raya. Semua warga SK Putrajaya Presint 9(2) bergembira menikmati juadah yang disediakan di stesen-stesen yang dikhaskan bagi setiap tahun.


Majlis diakhiri dengan bersama-bersama mengemas dan membersihkan kawasan disekeliling dataran. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.