Tuesday 26 July 2016

KAJIAN ASAS KESELAMATAN SIBER NEGARA

Pada 27 Julai 2016, bertempat di Makmal Komputer 1 dan 3, SK Putrajaya Presint 9(2) seramai 5 orang guru, 12 orang murid Tahap 2 dan 6 orang murid Tahap 1 telah dipilih untuk membantu dalam menjawab soalan Kajian Asas Kesedaran Keselamatan Siber Negara. Kajian ini adalah di bawah Rancangan Malaysia ke-11 yang dipertanggungjawabkan kepada Cybersecurity Malaysia (CSM) agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dengan sokongan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) KPM yang bertujuan untuk mengesan tahap kesedaran keselamatan siber di kalangan murid sekolah rendah dan menengah selain memperolehi data terkini bagi persiapan pembangunan modul pengajaran setiap kumpulan sasaran.





SUASANA PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2016

Peperiksaan Percubaan UPSR 2016 sedang berlangsung bermula dari hari Isnin, 25 Julai 2016 hingga Khamis, 28 Julai 2016. Semoga murid-murid tahun 6 calon UPSR 2016 SK Putrajaya Presint 9(2) dapat menjawab dengan tenang dan berjaya mencapai keputusan yang memberangsangkan.





Monday 25 July 2016

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2016


JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2016


KEMPEN MAKAN BUAH SERENTAK SEKOLAH-SEKOLAH DI PUTRAJAYA

SK Putrajaya Presint 9(2) telah melaksanakan Kempen Makan Buah Serentak di Sekolah-Sekolah Putrajaya bersempena Majlis Perasmian MySkoolPro pada hari Isnin, 25 Julai 2016 di Dataran Perhimpunan SK Putrajaya Presint 9(2). Guru-guru dan murid-murid telah diminta untuk membawa satu hidangan buah untuk kempen ini. Sebelum acara makan buah serentak dijalankan seorang wakil pelajar telah membacakan Tips Kepentingan Makan Buah. 








Sunday 24 July 2016

LATIHAN KEBAKARAN

Latihan kebakaran telah diadakan pada hari Khamis, 21 Julai 2016. Latihan ini bertujuan untuk melatih murid, guru dan semua staf SK Putrajaya Presint 9(2) untuk bertindak mengikut ketetapan sekiranya berlaku kebakaran.






LAWATAN PENDIDIKAN SEMPENA FORUM DASAR ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK RANTAU ASIA PASIFIK 2016 (APFEC)

Satu lawatan pendidikan telah berlangsung di SK Putrajaya Presint 9(2) pada 19 Julai 2016. Lawatan ini adalah merupakan salah satu agenda  Forum Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Rantau Asia Pasifik 2016 (APFEC) yang berlangsung daripada 19 - 21 Julai 2016 di Putrajaya. Forum ini bertujuan menyediakan platform untuk penggubal dasar peringkat tertinggi dari rantau Asia Pasifik berkongsi pengalaman dalam melaksanakan dasar pendidikan awal kanak-kanak serta berbincang tentang strategi inovatif bagi meningkatkan ekuiti dan kualiti pendidikan awal kanak-kanak. Lawatan ini disertai oleh 15 orang delegasi  antarabangsa daripada Turkmenistan, Afghanistan, Thailand, Bangladesh dan Mongolia serta 23 orang perwakilan daripada Malaysia. Antara agenda pada hari tersebut ialah acara tandangan memorandum persefahaman dan lawatan ke kelas Prasekolah, kelas Prasekolah Integrasi Keperluan Khas, Bilik Terapi Sensori Pendidikan Khas dan Bilik Terapi Snoezelan Pendidikan Khas.

KETIBAAN DELEGASI DAN WAKIL LAWATAN PENDIDIKAN APFEC

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
UCAPAN GURU BESAR, PN HJH ROHAYATI BINTI HJ MANSOR
TAKLIMAT GPK AKADEMIK, PN. LOH CHIEU IMM

JAMUAN HARI RAYA DAN PERSEMBAHAN MURID-MURID PRASEKOLAH
LAWATAN KE PRASEKOLAH

LAWATAN KE PRASEKOLAH INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS 

LAWATAN KE BILIK SENSORI TERAPI PENDIDIKAN KHAS

LAWATAN KE BILIK SNOEZELAN PENDIDIKAN KHAS