Tuesday 28 June 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PPKI SKPP 9(2)

Majlis Khatam Al-Quran PPKI SK Putrajaya Presint 9(2) telah diadakan pada 29 Jun 2016 bertempat di Surau Al-Ghazali SKPP 9(2). Program ini merupakan program tradisi yang dilaksanakan oleh PPKI setiap tahun sebagai penutup Ihya Ramadhan.




                


PROGRAM PECUTAN JUARA UNTUK CALON UPSR 2016

Pada hari Selasa, 28 Jun 2016 telah diadakan Program Pecutan Juara bersama pakar motivasi, Dr. Ab Halek yang lebih dikenali sebagai Pak Anjang untuk calon-calon UPSR 2016. Program ini telah dijalankan dalam tiga sesi mengikut kumpulan butang murid-murid iaitu butang hijau, butang kuning dan butang merah.





MINGGU KERJAYA SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) 2016

Minggu Kerjaya SK Putrajaya Presint 9(2)yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SKPP 9(2) telah berlangsung dengan jayanya pada 23- 27 Mei 2016. Di antara objektif minggu kerjaya ini adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan pengetahuan kerjaya pada masa hadapan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti "Career Dress Up Day", pertandingan baju kerjaya, ceramah kerjaya, sesi 'Kerjayaku' bersama Pembimbing Rakan Sebaya dan pertandingan booth kerjaya di antara unit beruniform dengan kerjasama unit kokurikulum.