Tuesday 12 March 2013

Pra Kata Editor Anda



Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Program Hari Orientasi pelajar-pelajar Baru sesi (2013) pada hari ini .

Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu

Ya Allah , Ya Farijal hammi wa ya kasyifal ghommi
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini), anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang, pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Mudah-mudahan maklumat yang diberikan dapat memandu kami ke arah kecemerlangan diri yang lebih gemilang . Dan jadikanlah pelajar-pelajar kami yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa  berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah. Janganlah Engkau jadikan pelajar kami yang hanya berpuas hati dengan apa yang diperolehi dalam peperiksaan yang lalu .

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

No comments:

Post a Comment